Showing posts with label n3xtz Project. Show all posts
Showing posts with label n3xtz Project. Show all posts

Sunday, September 21, 2008

MY FINAL YEAR PROJECT LG


Share





Autonomous VacuumBot


Hai.. bertemu lagi kita diruangan ini..
walaupun ruang ini sebenar tidak wujud.. kerana ia hanya sekadar ruang maya.. hehe.. apa tah aku merepek nie.. lantak la ini blog aku punya kn.. haha bukan blog taz punya.. kl nie blog taz punya mesti la tak ada yang seteruk aku nie.aku masih blom kreatif cam die.. nak jd kreatif mcm die mmg boleh tapi nak jd cute dan cantik mcm die mmg tak bleh la.. haha.. taz ko jgn marah kat aku plak ye.. puji skit dibulan pose neh.. takpe kn.. kl ikhlas tu dapat pahala berlipat kali ganda.. btol tak?? hahaha oklah berbalik semula pasal FYP(Final Year Project) aku.

Semalam aku dengan sukacitanya berjaya membuat design yang sesuai dgn keperluan dan ciri2 yg patut ada pd fyp ni,sebenarnya nak ckp sempurna tetapi tak berani sebab masih blom siap dgn sempurna lg.. pasang pom blom lg.. lg pom kl semua dah siap aku pom tak berani gak nak ckp sempurna sbb kita manusia nie pom tidak bleh jadi sempurna,apatah lg robot ku ini.. hehe

Ok dah2 la mengarut tu(ckp sendiri).. FYP aku semalam telah selesai proses design yang telah ditambah baikkan dan difikirkan dgn mendalam dimana letak setiap komponen atau bahan atau alat didalam base robot ini.. kepada sesiapa yang blom lg mengikuti perkembangan blog aku sblom nie.. robot yang aku buat tu robot yg bleh vacuum dan berfungsi secara automatik utk melakukkan keje2 menvakuum nie.. nama fyp aku tu autonomous Vacuum robot.. utk rujukan lebih lanjut dan kepada sesiapa yg nak buat projek mcm aku nie.. bleh la tgk post aku yg lepas tentang fyp ni..

Kat mana td.. oh
tadi kita membincangkan tentang proses design base yang telah selesai,selain design yang telah selesai,aku juga telah selesa memotong aluminium pada saiz yang di kehendaki.. iaitu aluminium nie telah dipotong sebanyak 4 bahagian,satu bahagian tu untuk lebar die iaitu 8.5" inci dan 2 lagi bahagian tu utk panjang die iaitu 11.5" inci.manakala satu lagi bahagian aku tangguhkan dlu yalupom designnya telah siap disebabkan bahagian nie sukar sedikit drp bahagian lain kerana bahagian perlu dibuat supaya melengkung(depan)bagi memudahkan pergerakan robot aku nie.Bahagian ni pnjngnya dlm 10.5" inci.



Pemotongan aluminium ini berjaya dilakukan dengan bantuan kwn aku,alifmi.Terima kasih diucapkan kepada beliau.Aku nie bukan tak bleh nak potong sendiri,tapi bab2 potong nie aku kurang yakin sikit,aku tak nak kl berlaku kesilapan pada ukuran yg dipotong atau potongan tidak kemas akan menambahkan lg kos pada projek aku ni.. lagipom projek akan dihantar dlm masa 2bln lbh lagi,jadi aku serahkan la kepada mereka yg lebih pakar dan tak mungkin berlaku kesilapan.Nanti kl aku buat projek lg kat umah,aku akan potong sendiri la.. hahaha.. tapi bab programming aku ok gak.. bab nie aku serahkan kt die je..

Oklah setakat itu dlu utk kali ni,azan subur pom dah berkumandangan , hari ini rasanya aku akan sambung dgn mendrillkan bahagian2 yg telah dipotong itu dan mengskrukannya menjadi tapak (base).sebenarnya dlm perancangan dari semalam lg siap,tetapi itu la manusia cam aku nie,kekadang tu malas skit,ingat nak start kul 11 pg,tapi kul 4 ptg baru start.ni gara2 menyiapkan satu projek rahsia aku.. hehe.. dan masalah tdo kembali selepas bangun awl pg.. hehe.. nak tau projek rahsia aku tu.. nanti arr kl aku rasa2 nak gtau.. aku post la dlm blog aku nie..

Akhir kata dari aku cam biasa la.. terima kasih kerana sudi membaca.. harap datang lagi.. utk mengikuti perkembangan lanjut.. takecare n Bye

Saturday, September 20, 2008

MY FINAL YEAR PROJECT


Share



Hye.. :) Assalamualaikum & Selamat Datang, ucapan terima kasih kpd pelawat semua.Saya merasakan anda sungguh baik hati kerana sudi membuang masa anda di blog saya ni.. saya yakin Hari ini adalah hari pertama saya bercerita mengenai final projek saya.. dan hari ini juga lah bakal menjadi hari pertama saya mula menjalankannya. haha.. itu pom blom tentu lagi.. kalau hari nie agak2 rajin menjadi la tu.. tanpa membuang masa.. yang telah lama terbuang di friendster ,myspace dan website2 lain menyebabkan saya tdo lewat semalam.

Tepat jam 5.20 pagi jam saya mula berbunyi.. namun saya masih tidak berganjak dari katil.. sehinggala saya telah bangun dengan malasnya stelah dikejutkan oleh kelibat satu lembaga hitam yang tidak disangka-sangka.. saya dgn berdebar2nya telah bangkit kerana berasa keanehan kejadian paranormal tesebut.. cite paranormal nie nanti len kali saya cite la.. bila saya bangun tu rupanya jam sudah menunjukkan 5.47 pagi dan waktu sahur telah pom habis.. namun saya tetap berdegil dan meminum seteguk air.. mst org ckp saya tak pose ari neh kn.. haha..

sebenarnya.. jam saya neh 10minit awl.. jadi berjaya la saya utk mendapatkan pahala sunat bersahur awl pg tadi.. ni dah jauh melencong neh.. ok lah.. mengenai final projek yang saya buat projek ni bertajuk Autonomous Vacuum Robot. Idea robot ini didapati dari rujukan dari internet. sebenarnya saya dah ada projek yang saya pk sendiri tetapi disebabkan masalah tertentu.. projek itu tidak dapat dibuat.. biar saya cite serba sedikit tentang nama projek asal iaitu Smart Wireless router modem.. idea projek ini diperolehi apabila berlaku gangguan elektrik yang menyebabkan semua pelajar tidak dapat melayari internet ylaupom laptop masih boleh digunakan ketika itu kerana ia masih dapat bertahan dgn kuasa bateri.

keadaan ini menyulitkan dan menyusahkan kepada pelajar2 yang perlu membuat assignment yg memerlukan rujukan pada internet.. mengapa internet tidak dapat digunakan?? sudah tentu kerana fungsi moderm router streamyx yg digunakkan diblik tidak dapat berfungsi kerana tiada nya bekalan kuasa elektrik.. jadi projek yang saya akan buat ialah mengubahsuai modem router tadi menjadi lebih pintar dan boleh digunakkan dlm keadaan kecemasan dan dapat mengawal kepanasan peranti tersebut pada tahap yg baik.. kelebihan projek itu yg pertamanya ialah pelajar dapat menggunakkan internet jika berlaku gangguan pada elektrik.. (ada supply sendiri cam bateri) kedua kepanasan modem router ni dapat dikawal dgn meletakkan headsink dan cooler pada bahagian terbabit serta sensor yang mengesan suhu kepanasan yg tinggi yang akan menghidupkan cooler tersebut..

kelebihan ketiga ialah..
dalam keadaan dimana router moderm wireless ini off dan berkunci di dalam blik modem router ini berada dan pemiliknya pula tiada.. jd sesiapa saje yg membuat networking atau membuat lan dan wirelles lan pada modem berkenaan tidak akan dapat melayari internet hanya kerana seorang yang membuat kesilapan tersebut,tetapi dgn kelebihan projek ini.Peranti tersebut boleh diaktifkan dengan hanya menggunakkan kod dan disend melalui sms ke modem berkenaan. Begitu la serba sedikit projek asal aku.. tapi apakan daya.. projek ini tidak diterima kerana dikatakan sukar oleh supervisor ku.. mungkin die tak paham penerangan aku kot.. haha.. lantak la nak buat camne kn.. mcm org tak suka kat kita kn.. ylaupon kita dah try terbaik pom di masih tak suka.. lantak pi la.. buat ape tehegeh-hegeh lak kn.. hehe.. lari topik lagi.. tapi tu mcm persamaan matematik la.. samakan koefisen.. haha..

sekarang nie baru saya nak cite pasal projek baru saya tu.. autonoumous vacuum robot
projek nie lebih kurang mcm vacuum robot yang dah ada tu la.. contohnya roomba dan lain-lain lg.. projek nie bukan asing sgt.. dah bnyk org buat tapi tak sehebat roomba tu.. lagi satu projek ni selalunya bnyk org buat gunakan remote control kerana mudah skit keje dan tidak memerlukan bnyk masa.. tetapi projek aku nie pula tidak menggunakkan remote tetapi menggunakkan sensor limit switch dan sensor proximity sebagai input kawalan yang dikawal dengan menggunakan PIC ( Programmable Interface Controller) tapi nama terbarunya ialah (Programmable Intelligent Computer) PIC ini kalau nak tau ialah sejenis microcontroller yang fungsi dia sama mcm processor kat dalam kita punya PC la.. tapi yang kita punya pc tu lagi power sebab ada yang pakai 16bit 32bit masa dulu la..

sekarang nie semuanya dah banyak guna 2core dan processor dua core tu kebanyakannya ialah 64bit.. yang pic nie punya pula ialah 8bit je.. tapi nama je 8bit.. nak program die bukan main susah gak.. kena faham dan teliti.. bukan setakat kena faham je tapi setiap instruction die mesti ingat cara codingnya.. dan banyak lg la perkara yg perlu diambil kira.. Ok la setakat nie dulu aku dapat cite.. nanti lain kali aku smbng lagi.. kul 10pg atau 11 pg nie br start buat struktur die.. tgk la camne. ni pn aku br nak design nie,sblom nie ada dah design skitt.. tapi ada sedikit perubahan laa.. ok chow dlu.. :) thank kerana sudi membaca smpai habis.. len kali baca lagi ek.. bye
Related Posts with Thumbnails