Saturday, September 20, 2008

Awali Dengan Kebiasaan Memberi


Share






Pernah saya bertanya kepada anak saudara saya yang masih lg sedih, apa yang paling mengembirakan dalam hidup ini? Jawabnya adalah menerima hadiah yang bagus, bukan hanya pada hari ulang tahun atau hari jadi, tetapi kalau boleh menerima hadiah setiap hari.Menerima hadiah dari orang lain, pasti sangat menyenangkan. Tidak hanya bagi anak-anak, siapapun Anda, apakah orang tua atau muda, orang kaya atau miskin, pengarah atau karyawan biasa, tentu merasa senang menerima hadiah atau sesuatu dari orang lain. Apalagi kalau hadiah itu adalah sesuatu yang memang kita harapkan dan kita tunggu-tunggu, inilah detik-detik paling mengembirakan. Inilah perasaan dari sisi seseorang yang menerima sesuatu pemberian orang lain.

Bagaimana dengan seseorang yang menjadi "subjek" atau orang yang memberikan sesuatu kepada orang lain? Perasaan apa yang dirasakannya? Apa imbuhan yang akan didapatkannya? Seringkali orang salah tanggapan memberikan sesuatu kemudian berharap segera mendapatkan imbuhan dari orang yang diberinya. Ini adalah prinsip yang salah, yang dapat menghilangkan nilai dari pemberian itu, karena tidak dilakukan dengan niat keikhlasan hati.

Prinsip mendahulukan kebiasaan memberi, bukan menunggu dan meminta, adalah prinsip melepaskan kuasa kebaikan dari dalam diri. Ingatlah prinsip aksi dan reaksi. Bahawa sebuah aksi akan menciptakan reaksi. Dan kebiasaan memberi kebaikan akan menghasilkan pula sesuatu kebaikan. Ini adalah prinsip investasi kepercayaan, yakni berupa meningkatnya kuasa kepercayaan dari orang lain. Dan kepercayaan adalah modal bagi kejayaan.

Kebiasaan memberi adalah melepaskan tenaga positif dari dalam diri. Tenaga ini sesungguhnya tidak pernah hilang dari muka bumi, hanya akan berubah bentuk saja. Inilah prinsip hukum keabadian tenaga . Tenaga positif berupa kebaikan ini akan kembali kepada diri kita dalam jumlah yang berlipat ganda. Boleh saja dalam bentuk yang berbeza-beza, misalnya mendapatkan kebahagiaan hati, kesenangan batin yang menyentuh aspek spiritual, ketenangan hati, kemudahan hidup, rezeki atau ditolong orang lain.

Apa ya yang harus diberikan?
Apa ya yang harus dikongsikan?
Banyak hal yang dapat diberikan kepada
orang lain selain harta dan wang, di antaranya:

- Penghargaan kepada orang lain
- Perhatian yang tulus
- Mendengarkan orang lain bicara
- Menjadikan orang lain merasa penting di hadapan kita
- Pujian kepada orang lain
- Menolong orang yang memerlukan bantuan
- Berkongsi pengalaman dan pengetahuan
- Berkongsi semangat dan motivasi
- Memahami perasaan orang lain, dll.

Kalau kita ingin mendapatkan kemudahan, kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup, awalilah dengan kebiasaan memberi, bukan meminta atau menunggu. Apakah Anda seorang karyawan, seorang pengusaha, atau apapun profesi Anda, mulailah dengan kebiasaan memberi. Memberi dan berkongsi adalah prinsip pelayanan. Hal ini merupakan wujud "ihsan" manusia kepada sifat-sifat mulia Allah yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim, yakni Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang sudah "built in" dalam hati kita. Lakukanlah hal ini menjadi kebiasaan dan rasakan kehidupan akan memberikan banyak kemudahan tak terduga bagi diri Anda.

MY FINAL YEAR PROJECT


Share



Hye.. :) Assalamualaikum & Selamat Datang, ucapan terima kasih kpd pelawat semua.Saya merasakan anda sungguh baik hati kerana sudi membuang masa anda di blog saya ni.. saya yakin Hari ini adalah hari pertama saya bercerita mengenai final projek saya.. dan hari ini juga lah bakal menjadi hari pertama saya mula menjalankannya. haha.. itu pom blom tentu lagi.. kalau hari nie agak2 rajin menjadi la tu.. tanpa membuang masa.. yang telah lama terbuang di friendster ,myspace dan website2 lain menyebabkan saya tdo lewat semalam.

Tepat jam 5.20 pagi jam saya mula berbunyi.. namun saya masih tidak berganjak dari katil.. sehinggala saya telah bangun dengan malasnya stelah dikejutkan oleh kelibat satu lembaga hitam yang tidak disangka-sangka.. saya dgn berdebar2nya telah bangkit kerana berasa keanehan kejadian paranormal tesebut.. cite paranormal nie nanti len kali saya cite la.. bila saya bangun tu rupanya jam sudah menunjukkan 5.47 pagi dan waktu sahur telah pom habis.. namun saya tetap berdegil dan meminum seteguk air.. mst org ckp saya tak pose ari neh kn.. haha..

sebenarnya.. jam saya neh 10minit awl.. jadi berjaya la saya utk mendapatkan pahala sunat bersahur awl pg tadi.. ni dah jauh melencong neh.. ok lah.. mengenai final projek yang saya buat projek ni bertajuk Autonomous Vacuum Robot. Idea robot ini didapati dari rujukan dari internet. sebenarnya saya dah ada projek yang saya pk sendiri tetapi disebabkan masalah tertentu.. projek itu tidak dapat dibuat.. biar saya cite serba sedikit tentang nama projek asal iaitu Smart Wireless router modem.. idea projek ini diperolehi apabila berlaku gangguan elektrik yang menyebabkan semua pelajar tidak dapat melayari internet ylaupom laptop masih boleh digunakan ketika itu kerana ia masih dapat bertahan dgn kuasa bateri.

keadaan ini menyulitkan dan menyusahkan kepada pelajar2 yang perlu membuat assignment yg memerlukan rujukan pada internet.. mengapa internet tidak dapat digunakan?? sudah tentu kerana fungsi moderm router streamyx yg digunakkan diblik tidak dapat berfungsi kerana tiada nya bekalan kuasa elektrik.. jadi projek yang saya akan buat ialah mengubahsuai modem router tadi menjadi lebih pintar dan boleh digunakkan dlm keadaan kecemasan dan dapat mengawal kepanasan peranti tersebut pada tahap yg baik.. kelebihan projek itu yg pertamanya ialah pelajar dapat menggunakkan internet jika berlaku gangguan pada elektrik.. (ada supply sendiri cam bateri) kedua kepanasan modem router ni dapat dikawal dgn meletakkan headsink dan cooler pada bahagian terbabit serta sensor yang mengesan suhu kepanasan yg tinggi yang akan menghidupkan cooler tersebut..

kelebihan ketiga ialah..
dalam keadaan dimana router moderm wireless ini off dan berkunci di dalam blik modem router ini berada dan pemiliknya pula tiada.. jd sesiapa saje yg membuat networking atau membuat lan dan wirelles lan pada modem berkenaan tidak akan dapat melayari internet hanya kerana seorang yang membuat kesilapan tersebut,tetapi dgn kelebihan projek ini.Peranti tersebut boleh diaktifkan dengan hanya menggunakkan kod dan disend melalui sms ke modem berkenaan. Begitu la serba sedikit projek asal aku.. tapi apakan daya.. projek ini tidak diterima kerana dikatakan sukar oleh supervisor ku.. mungkin die tak paham penerangan aku kot.. haha.. lantak la nak buat camne kn.. mcm org tak suka kat kita kn.. ylaupon kita dah try terbaik pom di masih tak suka.. lantak pi la.. buat ape tehegeh-hegeh lak kn.. hehe.. lari topik lagi.. tapi tu mcm persamaan matematik la.. samakan koefisen.. haha..

sekarang nie baru saya nak cite pasal projek baru saya tu.. autonoumous vacuum robot
projek nie lebih kurang mcm vacuum robot yang dah ada tu la.. contohnya roomba dan lain-lain lg.. projek nie bukan asing sgt.. dah bnyk org buat tapi tak sehebat roomba tu.. lagi satu projek ni selalunya bnyk org buat gunakan remote control kerana mudah skit keje dan tidak memerlukan bnyk masa.. tetapi projek aku nie pula tidak menggunakkan remote tetapi menggunakkan sensor limit switch dan sensor proximity sebagai input kawalan yang dikawal dengan menggunakan PIC ( Programmable Interface Controller) tapi nama terbarunya ialah (Programmable Intelligent Computer) PIC ini kalau nak tau ialah sejenis microcontroller yang fungsi dia sama mcm processor kat dalam kita punya PC la.. tapi yang kita punya pc tu lagi power sebab ada yang pakai 16bit 32bit masa dulu la..

sekarang nie semuanya dah banyak guna 2core dan processor dua core tu kebanyakannya ialah 64bit.. yang pic nie punya pula ialah 8bit je.. tapi nama je 8bit.. nak program die bukan main susah gak.. kena faham dan teliti.. bukan setakat kena faham je tapi setiap instruction die mesti ingat cara codingnya.. dan banyak lg la perkara yg perlu diambil kira.. Ok la setakat nie dulu aku dapat cite.. nanti lain kali aku smbng lagi.. kul 10pg atau 11 pg nie br start buat struktur die.. tgk la camne. ni pn aku br nak design nie,sblom nie ada dah design skitt.. tapi ada sedikit perubahan laa.. ok chow dlu.. :) thank kerana sudi membaca smpai habis.. len kali baca lagi ek.. bye
Related Posts with Thumbnails