Wednesday, January 3, 2007

karate monkey


Share



Hebat Betol Binatang sekarang nie..
Dah pndai Pertahankan diri dengan cara manusia lak..
hahah..

N3xTz - INGIN TAHU PILIHAN YG TEPAT


Share



Hi..

Selamat Datang saya ucapkan kpd pelawat yg melawat blog saya yang tak seberapa nie.. tujuan blog ini dibuat adalah utk saya menyumbang idea , memberi informasi dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan yang lain.. Jadi sekiranya rakan-rakan semua ada pendapat dan informasi yang hendak dikongsikan atau ingin memberi komen tentang kelemahan serta kebaikkan yang ada pada blog ini.. sukacitanya saya amat mengalu-alukan.. akhir kata dari saya.. ribuaan terima kasih kepada pengunjung dan Selamat Membaca..

Thank :)

KOLEKSI RAHSIA ANDA


Rahsia Personaliti Diri
Rahsia Tahi Lalat
Rahsia Tarikh Lahir
Rahsia di Sebalik Tulisan
Rahsia Mata Wanita
Rahsia Bulan Kelahiran
Rahsia Menambat Hati Lelaki
Rahsia Menambat Hati Perempuan
Rahsia Personaliti Melalui Kiraaan Tarikh Lahir
Rahsia Mengenali Lelaki Melalui Zodiak
Rahsia Mengenal Lelaki Dari Bulan Kelahiran Islam
Rahsia Warna Untuk Kesihatan
Rahsia Wanita Tanah, Air, Api, Angin Mengikut Urutan Kelahiran
Rahsia Wanita Tanah, Air, Api, Angin Mengikut Zodiak
Rahsia Mengenal Diri Melalui Wajah
Rahsia Mengenal Kegadisan
Rahsia Warna Kegemaran Wanita
Rahsia Warna Kegemaran Lelaki
Rahsia Sifat Wanita Melalui Primbon Jawa
Rahsia Keserasian Pasangan Menurut Urutan Kelahiran
Rahsia Warna Kegemaran Secara Umum
Rahsia Keperibadian Melalui E-Mel Seseorang
Rahsia Psikologi Warna
Rahsia Keperibadian Wanita Melalui Cara Berjalan
Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan
Rahsia Sifat Lelaki Melalui Rambutnya
Rahsia Cinta Si Dia Melalui Cara Makan
Rahsia Keperibadian Melalui Bentuk Gigi
Rahsia Lelaki dan Ragam
Rahsia Mimpi Tajul Muluk
Rahsia Diri Pada Haribulan Dilahirkan
Rahsia Pergerakan Tubuh
Rahsia Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir
Rahsia Keperibadian Melalui Bentuk Hidung
Rahsia Gerak Laku dan Sikap
Rahsia Perwatakan Melalui Kumpulan Darah
Rahsia Lelaki Melalui Pergerakannya
Rahsia Air
Rahsia Di Sebalik Warna Bunga Ros
Rahsia Perwatakan Melalui Bantal
Rahsia Peribadi Melalui Buah Kegemaran
Rahsia Falsafah Bunga
Rahsia Dahi dan Personaliti
Rahsia Lelaki Melalui Seluar
Rahsia Mengenali Lelaki Melalui Anggota Tubuh
Rahsia Perwatakan Melaui Bentuk Kuku
Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher
Rahsia Ayat Pengasih Nabi Yusof



INGIN TAHU PILIHAN YG TEPAT
(Memilih Pasangan Hidup???)

Memilih Pasangan Hidup

Kebahagiaan dan kejayaan hidup
berumahtangga adalah bergantung kepada
kebijaksanaan seseorang memilih
pasangan hidupnya. Pemilihan yang
bijak ialah pemilihan yang didasarkan
di atas keserasian dan persamaan watak-
watak peribadi, persamaan taraf
keluarga, persamaan agama, persamaan
kecenderungan dan memilih kawan teman,
hobi dan hiburan. Perkahwinan-
perkahwinan yang berlangsung tanpa
mempunyai keserasian-keserasian yang
pokok ini seringkali terkandas dan
gagal.

Untuk menduga sama ada pemilihan
pasangan hidup anda itu sesuai atau
tidak, silalah tiap-tiap seorang yang
mahu mengikatkan pertunangannya itu
menjawab pertanyaan-pertanyaan yang
berikut dengan Ya atau Tidak?

(1) Adakah anda berdua mempunyai
semangat pergaulan yang sama atau
hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap
yang sama terhadap nilai-nilai hidup
yang luhur, juga sama-sama bersikap
lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda
berdua ini saling hormat menghormati
dan berpuas hati terhadap pekerjaan
masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah
matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu
terkenal dalam kalangan sahabat
temannya sebagai seorang yang amanah,
jujur dan tidak selalu menguzurkan
diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama
berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya
pernahkah terjadi sesuatu yang
mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang
tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda
berdua ini dipersetujui oleh keluarga
kedua belah pihak?

(10) Adakah bakal tunang anda itu
seorang yang patuh kepada kewajipan-
kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang
yang yang bukan kaki muzik dan bukan
juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan
semasak-masaknya mengenai pilihan anda
tersebut atau lebih didorong oleh
nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu
mempunyai perhubungan yang rukun damai
dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu
bukan merupakan kaki pokai atau
pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu
seorang yang mudah cemburu dan syak
wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu
seorang yang bertabiat tenang dan
damai walaupun anda sendiri seorang
yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai
pengetahuan dan pengertian yang wajar
tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu
seorang yang sederhana tabiatnya dan
tidak termasuk dalam golongan kaki
motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu
boleh memberikan didikan agama kepada
anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda
sembahyang sunat istikharah untuk
menentukan pilihan anda itu baik untuk
anda dan agama anda?

Kalau tiap-tiap seorang dari anda
berdua dapat menjawab dengan Ya
sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-
pertanyaan di atas, maka itu
membuktikan bahawa perkahwinan anda
berdua akan berlangsung dalam
kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda
dapat menjawab Ya kurang dari 15
pertanyaan, maka perkahwinan anda
mungkin berjaya, tetapi banyak
menghadapi gelombang-gelombang yang
pahit. Sebaliknya kalau jawapan-
jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh,
maka perkahwinan anda sukar bertemu
kerukunan dan kedamaian
Related Posts with Thumbnails